PRN Sabah: PBRS umum tanding lima kerusi termasuk DUN Tulid

Assim Hassan
September 10, 2020 16:28 MYT
KURUP berkata, PBRS akan bertanding lima kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.
Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) mengumumkan bertanding lima kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.
Presidennya, Tan Sri Joseph Kurup berkata, lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu ialah Matunggong, Tandek, Kadamaian, Sook dan satu DUN baharu iaitu Tulid.
Tegasnya, ini adalah peluang kepada PBRS untuk membuktikan bahawa parti itu adalah sebuah parti tempatan yang diterima oleh setiap lapisan masyarakat.
“Semua anggota parti dinasihatkan untuk terus bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon kita pada kali ini. Kita perlu akur kepada keputusan pucuk pimpinan parti yang telah membuat pemilihan serta penilaian yang terbaik dari segenap aspek.
“PBRS juga yakin bahawa barisan calon yang dipilih akan menyokong perjuangan dalam memastikan hak dan kepentingan Sabah sentiasa dibela untuk kesinambungan pembangunan yang patut dinikmati oleh rakyat Sabah,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Sehubungan itu, Joseph berterima kasih kepada barisan kepimpinan Barisan Nasional (BN) kerana memberi kepercayaan kepada parti itu dalam PRN Sabah kali ini.
Senarai calon PBRS pada PRN Sabah ke-16.
DUN Matunggong
Richard Kastum @ Mosinal
DUN Tandek
Yillson Yanggung
DUN Kadamaian
Duanis Mogirong
DUN Sook
Bonepes Been
DUN Tulid
Matusin Bowie @ Matius
#DUN Kadamaian #DUN Matunggong #DUN Sook #DUN Tandek #DUN Tulid #Joseph Kurup #Parti Bersatu Rakyat Sabah #parti tempatan #PBRS #Pilihan Raya Negeri Sabah #Sabah Memilih #Tan Sri Joseph Kurup
;