PRN Sabah: Musa tidak memohon, kami juga tidak tawarkan jadi calon - Bung Moktar
Assim Hassan, Ruzaini Zulkepli
September 10, 2020 12:45 MYT
September 10, 2020 12:45 MYT
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengesahkan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman tiada dalam senarai calon parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-14.
Bung menjelaskan, Musa yang merupakan penyandang DUN Sungai Sibuga juga tidak memohon untuk menjadi calon UMNO.
“Dia tidak memohon dan kami juga tidak menawarkannya sebagai calon,” jawab ringkas Bung pada sidang media pengumuman calon UMNO pada Khamis.
Pada majlis itu, UMNO mengesahkan bertanding di 31 kerusi DUN pada PRN Sabah kali ini.
Terdahulu pada Majlis Ramah Mesra pemimpin BN dan PN, Bung dalam ucapannya mendedahkan pemilihan calon serta agihan kerusi adalah perkara paling sukar memandangkan beliau tidak mempunyai pengalaman.
“Bagaimanapun atas bantuan rakan-rakan dan ikhlas berjuang, Allah permudahkan perjalanan kita.
“Kepada semua ahli jika calon anda tidak dipilih jangan kecewa kerana ahli yang sakit hari tidak boleh membawa kemajuan dan hanya merugikan parti,” katanya.
Sehubungan itu, tegas Bung, semangat muafakat penting bagi memastikan BN dan PN menang sekali gus mentadbir Sabah.
#Barisan Nasional
#Bung Moktar Radin
#calon PRN
#Musa Aman
#pemilihan
#pilihan raya
#PRN Sabah
#Sabah Memilih
#UMNO