PRN Sabah: Muhyiddin beri bayangan Hajiji KM Sabah, jika menang

Assim Hassan
September 12, 2020 09:50 MYT
Muhyiddin dan Hajiji (tengah) mengaminkan doa yang dibaca sempena lawatan perdana menteri ke Pejabat Bersatu Bahagian Tuaran hari ini. - Astro AWANI
Perikatan Nasional (PN) memberi bayangan Datuk Hajiji Mohd Nor sebagai bakal Ketua Menteri Sabah yang baharu sekiranya gabungan itu menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Keputusan itu juga dicapai melibatkan parti komponen PN iaitu Parti Solidariti Tanah Airku (Star); Parti Maju Sabah (SAPP) dan Bersatu.
“Kita mesti bekerja kuat untuk membantu calon kita. Kita menawarkan, sebagai calon untuk memimpin Sabah, tidak lain tidak bukan, Datuk Seri Hajiji.
“Saya tidak mahu sambung lagi. Kita semua doa dengan izin Allah bahawa selepas PRN, Hajiji akan terpilih sebagai calon di sini (Dewan Undangan Negeri atau DUN Sulaman),” katanya.
Beliau berkata demikian semasa lawatan ke Pejabat Bersatu Bahagian Tuaran, di sini, hari ini.
Hadir sama, Hajiji yang merupakan calon PN DUN Sulaman dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.
#Abdul Rahman Dahlan #Barisan Nasional #Gabungan Rakyat Sabah #Ketua Menteri Sabah #MCA #Muhyiddin Yassin #PBS #Perikatan Nasional #PPBM #PRN Sabah #Rahman Dahlan #Sabah Memilih #UMNO #Warisan #Warisan Plus
;