PRN Sabah: Mohamaddin Ketapi menang di DUN Segama di sebalik 'sandiwara'

Bernama
September 26, 2020 23:53 MYT
Mohamaddin Ketapi menang di DUN Segama di sebalik kenyataan kontroversi. - Gambar fail
Di sebalik kontroversi berikutan kenyataannya mengenai isu pencerobohan Lahad Datu, calon Warisan Plus kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi diangkat menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.
Menurut keputusan rasmi dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini, Mohamaddin, bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, mendapat 4,864 undi menewaskan tujuh pencabar yang lain dengan majoriti 2,168 undi.
Mohamaddin dilapor berkata pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada 2013 adalah sandiwara.
BACA LAPORAN KOMPREHENSIF MENGENAI PRN SABAH 2020 DI SINI
#Bung Moktar Radin #Lahad Datu #Mohamaddin Ketapi #Mohd Shafie Apdal #pilihan raya #PRN Sabah #PRN Sabah 2020 #Sabah Memilih
;