PRN Sabah: Majlis pengumuman calon BN, PN jadi majlis ramah mesra

Assim Hassan, Ruzaini Zulkepli
September 10, 2020 03:25 MYT
Acara yang sepatutnya Majlis Pengumuman Calon-Calon BN dan PN itu ditukar kepada Majlis Ramah Mesra Pemimpin kedua-dua parti. - Astro AWANI
Majlis Pengumuman Calon bagi Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sedikit tergendala pada pagi ini.
Bukan itu sahaja, acara yang sepatutnya Majlis Pengumuman Calon-Calon BN dan PN itu ditukar kepada Majlis Ramah Mesra Pemimpin kedua-dua parti.
Hari ini dijadual berlangsung tiga majlis pengumuman calon untuk PRN Sabah.
Dua majlis berlangsung hampir serentak pagi ini, iaitu oleh Warisan Plus di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, Kota Kinabalu, dan Barisan Nasional serta Bersatu di Magellan Sutera Harbour, Kota Kinabalu.
Pada petang ini, Parti Cinta Sabah pula dijadual mengumumkan calonnya di Le Meridien, Kota Kinabalu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, DS @MyKinabatangan tiba di Ballroom The Magellan Sutera bagi Majlis Ramah Mesra Pemimpin BN & PN. #SabahMemilih #PRNSabah @501Awani pic.twitter.com/kZBOY3qBAJ

— Assim Hassan AWANI (@AshimIskandar) September 10, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Datuk Seri Hajiji Mohd Noor mahu kesatuan dan perpaduan BN dan PN dalam memastikan menang PRN Sabah. Jangan kita salah menyalahi antara satu sama lain kerana kita adalah dari spesis yang sama. #SabahMemilih #PRNSabah @501Awani pic.twitter.com/49hLIlKmnz

— Assim Hassan AWANI (@AshimIskandar) September 10, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

DS @MyKinabatangan mendedahkan perkara paling sukar yang dilakukan ialah memutuskan agihan kerusi memandangkan beliau tidak mempunyai pengalaman. #SabahMemilih #PRNSabah @501Awani pic.twitter.com/cbbe4Y7cdu

— Assim Hassan AWANI (@AshimIskandar) September 10, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Barisan Nasional #calon #majlis #pengumuman calon #Perikatan Nasional #PKR #PRN Sabah #ramah mesra #Sabah Memilih #Warisan Plus