PRN Sabah: Ismail Sabri hadir perbincangan bersama PN

Assim Hassan
September 27, 2020 12:22 MYT
Ismail Sabri hadir pada majlis perbincangan bersama parti komponen GRS di Hotel Magellan Sutera, Kota Kinabalu, hari ini. - Astro AWANI.
KOTA KINABALU: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir ke majlis perbincangan bersama parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Hotel Magellan Sutera, di sini, tengah hari ini.
Kehadiran beliau yang juga Menteri Pertahanan itu memadam spekulasi mengenai ketidaksepakatan GRS untuk memilih calon Ketua Menteri Sabah.
Ketika ditemui Astro AWANI, Ismail Sabri menjelaskan, BN dan UMNO masih dalam gabungan itu.
“Masih bersama.. tidak timbul isu tidak bersama... (calon ketua menteri) belum ada lagi,” katanya.
Pada Pilihan Raya Negeri Sabah, GRS menang 38 kerusi masing-masing 17 kerusi dari Perikatan Nasional, 14 kerusi (BN) dan tujuh kerusi (PBS).

[12:07PM] Menteri Pertahanan, DS @IsmailSabri60 mengesahkan BN masih bersama Gabungan Rakyat Sabah yang turut dianggotai Perikatan Nasional dan Parti Bersatu Sabah. #SabahMemilih #PilihanSabah #HapusCOVID19 pic.twitter.com/UZCOA65a9g

— Astro AWANI (@501Awani) September 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Ketua Menteri #Sabah #PRN Sabah #Sabah Memilih #ismail sabri yaakob #Perikatan Nasional #PN #Barisan Nasional #BN #GRS #tidak sepakat
;