PRN Sabah: Ini lima tumpuan pada Hari Penamaan Calon
Assim Hassan
September 12, 2020 18:27 MYT
September 12, 2020 18:27 MYT
Seawal pukul 8 pagi, Pusat Penamaan Calon di 73 kawasan Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 dibuka dan menerima 447 kertas pencalonan. Ini menyaksikan 447 calon yang akan bertanding pada PRN kali ini.
Jumlah calon bertanding itu juga dilihat meningkat 100 peratus berbanding Pilihan Raya Umum ke-14 iaitu sebanyak 252 calon.
Ini lima perkara yang perlu anda tahu mengenai Hari Penamaan Calon PRN Sabah ke-16.
1) N.02 DUN Bengkoka mencatatkan rekod tersendiri apabila menyaksikan pertandingan 11 penjuru pada PRN Sabah kali ini.
2) Seramai 404 calon lelaki manakala 43 calon wanita berentap pada PRN Sabah.
3) Calon tertua berusia 75 tahun bertanding di DUN Bugaya mewakili Parti Gagasan Rakyat Sabah manakala calon termuda berusia 22 tahun di DUN Tandek yang mewakili Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
4) Hanya 11 calon muda yang bertanding pada PRN Sabah kali ini.
5) 73 penguatkuasa SPR akan membuat pemantauan termasuk aspek keselamatan dan SOP COVID-19.
LAPOR LANGSUNG: Proses penamaan calon PRN Sabah
#coronavirus
#COVID-19
#keselamatan
#koronavirus
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#PRN Sabah
#Sabah Memilih
#SOP
#Suruhanjaya Pilihan Raya