PRN Sabah: Hujan lebat, bekalan elektrik terputus, SOP terabai

Syah Hairizal Kamalul Arifin
September 14, 2020 21:09 MYT
Pematuhan penjarakan sosial terpaksa diabaikan susulan keadaan cuaca dan terputus bekalan elektrik. - Foto Astro AWANI
Kempen pilihan raya Parti Liberal Demokratik (LDP) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.18 Inanam tergendala susulan hujan lebat dan terputus bekalan elektrik.
Ceramah pada malam Isnin itu yang sepatutnya disampaikan Tan Sri Chong Kah Kiat selaku calon terpaksa ditangguh dan penyokong serta sebilangan penduduk di Kampung Kitobu bersesak di bawah khemah.
Pematuhan penjarakan sosial terpaksa diabaikan susulan keadaan cuaca dan terputus bekalan elektrik.
Kempen hari kedua bekas ketua menteri sabah itu turut disertai calon di kerusi DUN N.16 Karambunai, Datuk Seri Marajoh Unding.
Tempoh tamat berkempen bagi semua parti bertanding sepanjang PRN negeri Sabah telah ditetapkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu pada jam 10.00 malam.
#Chong Kah Kiat #DUN Inanam #hujan lebat #Kampung Kitobu #LDP #Marajoh Unding #Parti Liberal Demokratik #Pilihan Raya Negeri Sabah #PRN Sabah #Sabah Memilih #tergendala #terputus bekalan elektrik