PRN Sabah: Hajiji terkejut tiga pertindihan kerusi dengan BN
Assim Hassan
September 10, 2020 21:13 MYT
September 10, 2020 21:13 MYT
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, tidak mengetahui lebih awal mengenai kemungkinan pertembungan tiga kerusi Pakatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) yang akan berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Beliau terdahulu mengumumkan senarai calon PN yang akan bertanding di 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN hujung bulan ini.
Majlis itu turut disertai pemimpin parti kompenan iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Maju Sabah (SAPP).
Ketika ditanya pemberita mengenai kemungkinan pertembungan di kerusi DUN Paginatan, Tulid dan Sook itu, Hajiji kelihatan agak terperanjat dan memberitahu tidak dapat mengesahkannya.
"Saya belum dapat mengesahkan calon daripada UMNO (BN) itu… Saya tidak boleh jawab perkara ini sebab saya tiada senarai dan tak dengar sekali pun berita ini, kita tengok macam mana," katanya.
Sementara itu, Hajiji menjelaskan hampir 60 peratus calon PN pada PRN kali ini adalah muka baharu.
Katanya, tenaga baharu dan anak muda ini akan menjadi pemangkin kepada kejayaan PN dan BN memenangi PRN Sabah sekali gus mentadbir negeri ini.
"Muka baharu hampir 60 peratus... kita tampilkan muka baharu bagi tenaga yang kuat untuk PN menang dengan bergaya pada PRN Sabah kali ini," katanya.
Senarai calon PN pada PRN Sabah ke-16
Bersatu
1) Tanjung Kapor - Norlizah Gurahman
2) Bandau - Datuk Wetrom @ Mohd Fikri Bahanda
3)Pintasan - Fairuz Renddan
4) Sulaman - Datuk Seri Hajiji Mohd Noor
5) Petagas - Datuk Arsit Sedi
6) Kawang - Datuk Ghulam Haidar Bahadar
7) Membakut - Datuk Mohd Arifin Mohd Arif
8) Klias - Datuk Isnin Aliasnih
9) Kuala Penyu - Datuk Limis Jury
10)Karanaan - Datuk Seri Masidi Manjun
11) Nabawan - Datuk Abd Ghani Yassin
12) Labuk - Samad Jambri
13) Segama - Aljen Johnny
14) Silam - Datuk Abd Hakim Gulam Hassan
15) Senallang - Norazman Utoh Naim
16) Bugaya - Daud Tampakong
17) Apas - Datuk Nizam Abu Bakar Titingan
18) Merotai - Mohamad Jalani Chachu
19) Sebatik - Datuk Muis Picho
20) Tambunan: Datuk Dr Jefrey Kitingan
21) Bingkor: Robert Tawik
22) Sook: Datuk Ellron Angin
23) Paginatan: Datuk Abidin Madingkir
24) Liawan: Datuk Annuar Ayub
25) Moyog: Joseph Sulaiman
26) Tulid: Eviretus Kunkit
27) Sri Tanjung: Fung Ling Fui
28) Luyang: Gee Tien Siong
29) Tanjung Papat: Yong Chie Man
#anak
#Barisan Nasional
#Bersatu
#Hajiji
#Malaysia
#pilihan raya
#PPBM
#PRN Sabah
#Sabah Memilih
#UMNO