PRN Sabah: Gandingan Shafie Apdal, nama-nama besar wakili Warisan Plus

Ruzaini Zulkepli
September 10, 2020 13:51 MYT
Mohd Shafie hari ini mengumumkan 53 senarai calon-calon yang menggunakan logo Warisan iaitu dari DAP dan Amanah. - Foto BERNAMA
Dua bekas menteri yang juga ahli Parlimen dicalonkan bagi kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri DUN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.
Ahli Parlimen Penampang, Datuk Darrel Leiking dicalonkan bagi kerusi (N26) Moyog manakala Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi dicalonkan bagi kerusi (N61) Segama.
Presiden Parti Warisan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan 53 senarai calon-calon yang menggunakan logo Warisan iaitu dari DAP dan Amanah.
Dari jumlah tersebut 45 kerusi ditandingi Warisan, tujuh bagi DAP dan satu kerusi bagi Amanah.
Sementara itu bagi kerusi yang ditandingi Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu UPKO, Presidennya Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mengumumkan 12 kerusi Dun yang ditandingi parti itu.
Madius yang juga mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah dicalonkan bagi kerusi N15 Kiulu.
ANDA MUNGKIN BERMINAT DENGAN ARTIKEL INI:
* LAPOR LANGSUNG: PRN Sabah - Siapa akan bertanding?
Bagaimanapun, baki lapan lagi kerusi bakal diketahui apabila pengumuman dibuat oleh Parti Keadilan Rakyat PKR.
#Darrel Leiking #Mohamaddin Ketapi #Mohd Shafie Apdal #Pilihan Raya Sabah #PRN Sabah #Sabah Memilih #Wilfred Madius Tangau
;