PRN Sabah: Empat teras 'Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah' tawan hati pengundi Sabah

Firdaus Azil
September 16, 2020 18:26 MYT
Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah seperti yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kota Kinabalu, hari ini.
Manifesto Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjanji membawa sesuatu yang baharu dengan memastikan matlamat mengutamakan kepentingan rakyat tercapai.
Berikut merupakan 'Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah' yang terdiri daripada Perikatan Nasional, Barisan Nasional, dan Parti Bersatu Sabah seperti yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kota Kinabalu, Sabah, hari ini.
Kami berjanji, sekiranya dipilih menerajui Kerajaan Negeri Sabah, kami akan meneruskan penambahbaikan untuk kesejahteraan semua penduduk Sabah berpaksikan:
1. HAK SABAH
Memelihara dan terus memperjuangkan hak negeri Sabah berdasarkan MA63; Jawatankuasa Khas DUN berkaitan Hak Sabah; dan penubuhan Majlis Petroleum Sabah dan Dana Petrosabah.
2. BINA KEYAKINAN RAKYAT
Mewujudkan kepimpinan yang bersih, berintegriti, cekap, amanah dan mendahulukan rakyat, dan membina keyakinan rakyat terhadap integriti Penjawat Awam Sabah.
BACA: Fakta PRN Sabah di sini
3. WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA (WKB) 2030
Mengecilkan jurang pembangunan antara wilayah; dan menjana ekonomi bernilai tinggi yang merangkumi IR4.0.
BACA: PRN Sabah: GRS garis 9 teras aku janji untuk rakyat Sabah
BACA: PRN Sabah: Warisan janji tapi tak tunai - Bung Moktar
4. PERPADUAN RAKYAT SABAH
Memperhebat usaha memupuk perpaduan dan integrasi sosial; mempertahankan kebebasan beragama; memupuk semangat integrasi nasional berpandukan Rukun Negara.
#Aku Janji #Barisan Nasional #Gabungan Rakyat Sabah #Kota Kinabalu #Manifesto #Manifesto Parti #Muhyiddin Yassin #Parti Bersatu Sabah #Perdana Menteri #Perikatan Nasional
;