PRN Sabah: 85 hingga 90 peratus calon UMNO Sabah muka baharu
Ruzaini Zulkepli
Ogos 2, 2020 18:04 MYT
Ogos 2, 2020 18:04 MYT
UMNO Sabah akan mengetengahkan 85 hingga 90 peratus muka baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah nanti.
Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, penelitian giat dilakukan pihaknya bagi memastikan individu yang dicalonkan boleh menang dan diterima rakyat.
Tegasnya, beliau sendiri akan turun padang mengumumkan calon berkenaan di kawasan masing-masing.
"Saya sedang meneliti, bagi saya sedikit lah, kita akan umum, kita UMNO berbeza sedikit, mana sudah calon yang kita sudah kenal pasti bertanding yang boleh menang, kita akan umum saya akan ke bahagian-bahagian untuk mengumum nama calon-calon, biar rakyat bawa nama calon kita, "katanya.
Sementara itu, Bung percaya pengagihan kerusi akan diselesaikan dalam tempoh terdekat ini bergantung kepada kesepakatan rundingan antara semua pihak.
#Bung Moktar Radin
#calon muka baharu
#pembubaran DUN
#Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah
#Politik Sabah
#Sabah bubar
#UMNO Sabah