PERAI: Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Prof P Ramasamy ,74, mengumumkan keluar daripada DAP dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu secara rasmi hari ini.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai itu berkata, beliau sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook pada 8.24 pagi dan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow jam 8.25 pagi.
Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II, Pulau Pinang, yang digugurkan daripada pencalonan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, berkata keputusan berat itu dibuat selepas kecewa dengan keputusan pimpinan tertinggi parti membuat keputusan berkaitan pemilihan calon PRN.
Menjadi Timbalan Ketua Menteri II sejak 2008, beliau berkata tidak boleh menerima alasan pengguguran dirinya dan lima ADUN yang lain kononnya demi' proses peremajaan' parti sedangkan ia satu 'penyingkiran politik'
"Saya boleh faham mengapa pemimpin kanan digugurkan tetapi bukannya calon-calon muda digugurkan, mengapa digugurkan mereka yang masih muda, calon seperti Yeoh Son Hin, Soon Lip Chee dan M.Satees... tiada sebab menggugurkan mereka,
"Ini bukannya proses peremajaan atau pemulihan parti tetapi penyingkiran politik untuk mengenepikan mereka yang dilihat atau dibayangkan sebagai penyokong kepada penyandang Ketua Menteri iaitu Chow Kon Yeow.
"Tindakan penyingkiran yang serong ini telah disokong para pemimpin di peringkat nasional dan individu yang terkenal dengan gelaran 'Maharaja' adalah punca kepada krisis yang sedang berlaku di DAP Pulau Pinang," katanya.
Beliau yang sudah menjadi ahli DAP sejak 15 tahun lepas berkata, parti DAP yang disayanginya itu sudah kurang menghargai perbezaan pendapat dan sikap keterbukaan dari dalaman parti.
"Saya mungkin dipanggil anggur masam kerana berhenti menjadi ahli DAP, tetapi saya tidak mempunyai pilihan selain mengambil keputusan mutlak untuk melakarkan haluan politik saya pada masa hadapan.
"Seperti yang saya katakan, menggugurkan saya bukanlah satu isu tetapi isunya adalah 'cara' saya dan calon lain digugurkan, ia adalah penyingkiran tanpa penghargaan kepada khidmat kami," katanya pada sidang media khas di Perai, Pulau Pinang hari ini.
Menurut Ramasamy beliau hanya dimaklumkan bahawa digugurkan dan tidak dicalonkan pada 18 Julai lepas iaitu sehari sebelum pengumuman calon DAP yang bertanding PRN kali ini dilakukan.
Turut mengikut jejak langkah Ramasamy keluar parti, adalah Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Kamache Doray Rajoo, Naib Ketua DAPSY Kebangsaan, Jason Raj dan Penolong Setiausaha DAP Cawangan Taman Inderawasih, K. Krishnansamy.
Dalam pengumuman calon DAP bagi PRN Pulau Pinang sebelum ini, Anthony Loke mengumumkan 19 calon PRN. Bagaimanapun tujuh penyandang termasuk lima Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang digugurkan yang disifatkan sebagai satu proses pembaharuan bagi memastikan parti itu kekal dinamik dan relevan dalam politik.
Antara tujuh penyandang digugurkan ialah Ramasamy di kerusi DUN Perai, Phee Boon Poh (Sungai Puyu), Soon Lip Chee (Bagan Jermal), Chong Eng (Pangkalan Kota) dan Yeoh Soon Hin (Paya Terubong) selain Lee Chun Kit (Pulau Tikus).
Keputusan itu menyaksikan bekas ADUN Bagan Dalam, Satees dan Bekas Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai, David Marshel bertindak keluar DAP dan bertanding atas tiket Bebas pada PRN ini.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Aug 10 2023

Ramasamy berkata, beliau turut meletakkan semua jawatannya dalam parti itu berkuat kuasa pada Khamis. - Gambar fail

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.

Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.

Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.

Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.

Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.

Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.