PRN Pulau Pinang: Dominic sah bertanding di DUN Bayan Lepas - Hamzah
Astro Awani
Julai 27, 2023 15:50 MYT
Julai 27, 2023 15:50 MYT
KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) mengesahkan Majlis Presiden gabungan itu bersetuju meletakkan Presiden Parti Gerakan, Datuk Dominic Lau Hoe Chai sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, membuat pengesahan itu menerusi satu kenyataan ringkas pada Khamis.
Media sebelum ini melaporkan timbul konflik membabitkan kerusi berkenaan apabila Pas DUN Bayan Lepas menyuarakan ketidakpuasan hati susulan hasrat Dominic untuk bertanding di kerusi berkenaan.
Mereka mengancam untuk memboikot proses penamaan calon sekiranya Dominic masih berkeras untuk bertanding di kerusi berkenaan.
Terdapat tiga DUN di bawah Parlimen Balik Pulau iaitu Bayan Lepas, Pulau Betong dan Teluk Bahang.