GEORGE TOWN: Bekas Ahli Majlis DAP Seberang Perai, David Marshel mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang selepas keluar daripada DAP.
Katanya, beliau membuat keputusan bertanding selepas penyandang DUN Perai yang juga Timbalan Ketua Menteri sementara P Ramasamy, digugurkan daripada barisan calon DAP.
David berkata meskipun bertanding sebagai calon Bebas, dia tetap menyatakan sokongannya kepada Ahli Parlimen Batu Kawan Chow Kon Yeow demi mengekalkan beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.
Bekas Ketua Cawangan DAP Batu Kawan yang telah berkhidmat selama 15 tahun bersama DAP itu berkata, telah menyerahkan surat keluar parti kepada Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook, serta melepaskan jawatannya sebagai Ahli Majlis Seberang Perai berkuat kuasa Rabu.
‘’Ini (DAP) satu-satunya parti yang saya wakili. Saya sedih dan berat hati untuk tinggalkan parti yang saya cintai ini namun pencalonan kali ni menyakitkan hati saya dan saya terpaksa ambil keputusan yang menyakitkan hati saya iaitu untuk keluar parti dan bertanding Bebas.
"I love this party but i don't love any leaders in this party especially Lim Guan Eng, dia tak hormat akar umbi parti,’’ dakwanya pada sidang media di pejabat DUN Perai di Perai, Pulau Pinang pada Khamis.
Jelas David, beliau mahu bertanding sebagai calon Bebas kerana mahu menyelamatkan Pulau Pinang daripada tangan ‘seseorang’ yang sedang mengatur strategi untuk memenuhi impian menerajui negeri itu semula.
David dalam pada itu menasihatkan rakan-rakannya supaya kekal di dalam parti dan tidak mengikut jejak langkahnya, meskipun ramai yang kecewa dengan keputusan pimpinan pusat.
“Saya masih ada pengaruh dalam parti, saya dan saya katakan kepada mereka jangan keluar parti, tolong Chow Kon Yeow, tunggu sampai Pemilihan Jawatankuasa Parti awal tahun depan.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Jul 27 2023

David berkata meskipun bertanding sebagai calon Bebas, dia tetap menyatakan sokongannya kepada Ahli Parlimen Batu Kawan Chow Kon Yeow. - Gambar/ Astro AWANI

61 kawasan di Seberang Perai lakukan aktiviti tambun tanah tanpa kebenaran
Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengesan 61 kawasan di seluruh Seberang Perai melakukan aktiviti menambun tanah tanpa kebenaran atas kawasan bendang sejak tahun lepas.

202 lokasi PJRM di Negeri Sembilan sempena Ramadan - KPDN
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan melaksanakan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di 202 lokasi di seluruh negeri sempena Ramadan.
Budaya berbuka puasa di luar
Wartawan Khalis Kadir melakukan tinjauan orang ramai berbuka puasa di Dataran Merdeka, Kuala LUmpur.

Selaraskan perundangan CCUS, elak pertindihan persekutuan dan Sarawak - TPM
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kini sedang berusaha untuk menyelaraskan undang-undang mengenai pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).

Polis terima laporan warga asing curah anjing dengan air panas
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki menganiaya seekor anjing di Menglembu di sini, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
AWANI Borneo [9/3/2025] – Jumlah Mangsa Meningkat | Perdagangan Karbon | Pitas Mula Berubah Wajah
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Banjir di Sabah dan utara Sarawak semakin memburuk
- Aktiviti perdagangan karbon di Sarawak tidak tertakluk kepada RUU CCUS 2025
- Kestabilan politik bantu daerah Pitas membangun lebih pantas.
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Banjir di Sabah dan utara Sarawak semakin memburuk
- Aktiviti perdagangan karbon di Sarawak tidak tertakluk kepada RUU CCUS 2025
- Kestabilan politik bantu daerah Pitas membangun lebih pantas.
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews

Ke mana 'hilangnya' 10,000 calon SPM? Perlu ada laluan alternatif
Di sebalik ketidakhadiran lebih 10,000 pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, jelas wujud keperluan mendesak untuk kerajaan menyediakan laluan pendidikan alternatif.

Trump nafi pergeseran Rubio-Musk berhubung pengurangan pekerja persekutuan
Trump menyatakan bahawa Elon Musk dan Marco Rubio menjalankan tugas dengan cemerlang dan tiada pergeseran di antara mereka.
Program Iftar Madani @ Batu Sapi 2025 satukan penduduk
Timbalan Menteri MOTAC, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata selain mengangkat keunikan berbuka puasa secara beramai-ramai kepada pelancong, ia juga satu tanggungjawab sosiaL MOTAC kepada rakyat.
Salleh seru pemimpin, ahli yang tinggalkan UMNO kembali
Bendahari UMNO Sabah. Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak menyeru pemimpin dan ahli umno yang telah meninggalkan parti itu diseru supaya kembali ke parti itu bagi mengukuhkan kembali parti.

Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.

Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.

Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.

Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.

Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.

Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.