PRN: PN menang kerusi DUN Sungai Burong, tewaskan calon BN

Fareez Azman
Ogos 12, 2023 20:49 MYT
Mohd Zamri menang dengan majoriti 6,842 undi dengan jumlah 15,447 undi meninggalkan calon BN, Mohamad Khir Ramli yang mendapat 8,605 undi. - Gambar fail/Bernama
KLANG: Perikatan Nasional (PN) memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor kali ini.
Pengumuman secara rasmi dibuat Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Burong sebentar tadi.
Calon PN, Mohd Zamri Mohd Zainuldin menang dengan majoriti 6,842 undi dengan jumlah 15,447 undi meninggalkan calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Khir Ramli yang mendapat 8,605 undi.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#Barisan Nasional #Perikatan Nasional #pilihan raya negeri #Sungai Burong
;