PRN: PKR bakal kemuka 61 calon termasuk PRK Kuala Terengganu
Hilmi Malik
Julai 22, 2023 23:37 MYT
Julai 22, 2023 23:37 MYT
SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menampilkan seramai 61 calon yang akan berentap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di kesemua enam negeri 12 Ogos depan.
Pengumuman senarai calon itu dibuat Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memaklumkan angka itu termasuk seorang calon bagi berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu.
Anwar berkata demikian ketika pada Majlis Pengumuman Calon PKR di Padang Awam MBSA, Shah Alam pada malam Sabtu.
Turut hadir, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos depan sebagai hari pengundian PRN dan diadakan serentak melibatkan enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, serta Terengganu.
Sementara itu, tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 29 Julai dan 8 Ogos.
PRN pada kali ini, PKR menempatkan 20 calon di Selangor, Kelantan (7), Terengganu (4), Kedah (10), Pulau Pinang (13), dan Negeri Sembilan enam kerusi.