PRN: Peti tidak diikat, pengundian di sebuah pusat mengundi dihenti di Paya Terubong?

Sinar Harian
Ogos 12, 2023 14:35 MYT
Keadaan peti undi di saluran 15 tidak diikat (seal) di pusat pengundian di Sekolah Menengah Seri Relau Jalan Paya Terubong pada Sabtu. - Gambar/ Sinar Harian
GEORGE TOWN: Pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Relau Jalan Paya Terubong di sini kecoh apabila didapati sebuah peti undi di saluran 15 tidak diikat (seal).
Perkara itu disedari calon Perikatan Nasional bagi kerusi Paya Terubong, Ooi Ghee Oon pada jam 11.25 pagi Sabtu.
Difahamkan, akibat daripada insiden tersebut, proses pengundian di saluran berkenaan terhenti sementara menunggu pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hadir untuk membuat pemeriksaan ke atas peti undi tersebut.
Ghee Oon berkata, beliau akan membuat laporan polis berkenaan perkara itu di Ibupejabat Polis Daerah Timur Laut pada jam 3 petang ini. - Sinar Harian
IKUTI PERKEMBANGAN PRN 6 NEGERI SECARA LANGSUNG DI SINI
LIHAT KEPUTUSAN PRN RASMI/ TAK RASMI DI SINI
BERITA LANJUT MENYUSUL
#PRN #PRN Pulau Pinang #paya terubong #peti undi tidak diikat #henti sementara
;