PRN Melaka: Tahniah BN, takziah Pas - Nik Abduh

Astro Awani
November 20, 2021 22:39 MYT
Nik Abduh menyeru partinya supaya benar-benar bermuhasabah dengan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengucapkan tahniah ke atas Barisan Nasional (BN) yang berjaya membentuk kerajaan di Melaka.
Menerusi posting di Facebook, Nik Abduh turut mengucapkan takziah kepada partinya yang tewas semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi.
Beliau juga menyeru partinya agar benar-benar bermuhasabah dengan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
"Tahniah Melaka. Dari Pulau Melaka. Tahniah BN. Daripada rakan MN. Takziah Pas. Daripada Pas. BN, benar-benarlah bersyukur. Bertambahlah lagi.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] RASMI: BN menang dengan majoriti dua pertiga kerusi
"Pas, benar-benarlah bermuhasabah. Bertambahlah istiqamah," tulis beliau.
Sumber Facebook permalink.php?story_fbid=443465940474205&id=100044324081788"><
BN membentuk kerajaan di Melaka selepas memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN yang ditandingi kali ini dan meninggalkan Pakatan Harapan (PH) yang mendapat lima kerusi manakala Perikatan Nasional (dua).
Pada PRU Melaka kali ini, Pas buat pertama kalinya bertanding dengan menggunkan logo PN.
#Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz #PAS #Perikatan Nasional #Barisan Nasional #PRN Melaka #Melaka Memilih
;