PRN Melaka: SPR nafi vaksinasi lengkap syarat mengundi

Astro Awani
Oktober 18, 2021 19:50 MYT
Abdul Ghani dalam satu kenyataan hari ini menafikan vaksinasi lengkap sebagai syarat untuk pemilih mengundi di Pilihan Raya DUN Negeri Melaka yang dijadualkan pada 20 November depan. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya menafikan vaksinasi lengkap sebagai syarat untuk pemilih mengundi di Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang dijadualkan pada 20 November depan.
Kenyataan media oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh hari ini, sekali gus menafikan laporan yang dibuat oleh beberapa agensi media hari ini.

[ KENYATAAN MEDIA ] SYARAT VAKSINASI LENGKAP UNTUK PILIHAN RAYA UMUM DEWAN UNDANGAN NEGERI (PRU DUN) MELAKA YANG KE-15 pic.twitter.com/Rk8NLrIXzw

— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) October 18, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"SPR juga ingin menegaskan Garis Panduan Pencegahan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 bagi tujuan PRU DUN Melaka Ke-15 masih belum dimuktamadkan.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: Penamaan 8 Nov, pengundian 20 Nov - SPR
"SOP ini akan berpandukan kepada pandangan dan nasihat dari Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari semasa ke semasa," memetik kenyataan media tersebut.
PRN Melaka | SPR tetapkan pengundian PRN Melaka pada 20 November - Reaksi Ketua Penerangan PKR
Dalam sidang medianya, Abdul Ghani turut menjelaskan, mereka yang belum menerima vaksin COVID-19 adalah digalak berbuat demikian sebelum proses pengundian pada November depan.
DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu selepas empat ADUN iaitu Idris Haron (Sungai Udang), Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) dan Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
#PRN Melaka #Abdul Ghani Salleh #lengkap vaksin #Suruhanjaya Pilihan Raya
;