PRN Melaka: Sofi Wahab mahu teruskan misi belum selesai di Durian Tunggal

Israr Khalid
November 17, 2021 09:58 MYT
Banjir yang sudah menjadi 'tradisi' di Durian Tunggal boleh diselesaikan dengan rombakan sistem perparitan dan saliran, kata Sofi. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Calon Pakatan Harapan N.09 DUN Durian Tunggal, Sofi Abd Wahab berhadap supaya rakyat Melaka akan mengangkat kembali PH sebagai kerajaan pada 20 November nanti.
Ia supaya beliau yang merupakan bekas Exco Kerajaan Negeri dapat menyambung kerjanya yang terhenti sekerat jalan dek pertukaran kerajaan pada Januari tahun lepas.
Sofi memaklumkan yang masalah banjir di sudah menjadi tradisi sejak berpuluh tahun lalu di Durian Tunggal, juga di banyak kawasan lain di Melaka dan kini disulitkan lagi dengan pembangunan tanpa sistem perparitan yang baik.
“Sistem saliran dan perparitan air hujan ini perlu dirombak balik dari segi jangka pendek dan jangka panjang.”
Katanya, ada beberapa kes keluarga yang menetap di tanah yang sering tenggelam dilanda banjir sedang diusahakan solusinya ketika beliau menjadi Exco, namun kini tergendala selepas partinya tidak lagi berkuasa.
“Jadi antara yang saya dah buat separuh jalan, saya dah arahkan tanah mereka diukur dan mereka perlu memohon supaya boleh pindah, atau buat secara pertukaran - tanah itu kerajaan ambil, kita beri tanah kerajaan.
“Selepas itu ia tidak disambung, atau mungkin tak ada dalam perancangan kerajaan seterusnya.”
Maka harapnya, mandat tidak diberikan kepadanya seorang tetapi PH secara kolektifnya untuk mereka membentuk kerajaan seterusnya meneruskan apa yang dirancang ketika mentadbir selama 22 bulan tempoh hari.
Tonton temu bual penuh beliau bersama hos Nazri Kahar dalam program Agenda AWANI, di sini:
Sofi Wahab mahu teruskan misi tangani masalah banjir yang belum selesai di Durian Tunggal
Agenda AWANI: PRN Melaka | Tawaran menjentik jiwa pengundi?
#PRN Melaka #Melaka Memilih #Durian Tunggal #Sofi Abd Wahab
;