PRN Melaka: 'Saya kembalikan mandat ini kepada rakyat' - Zahid Hamidi

Astro Awani
November 20, 2021 08:57 MYT
Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau mengembalikan mandat kepada rakyat melalui pilihan raya sebagai penyelesaian kemelut politik di Melaka. - Gambar fail/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau mengembalikan mandat kepada rakyat melalui pilihan raya sebagai penyelesaian kemelut politik di Melaka.
Dalam hantaran ringkas di Facebooknya, bekas timbalan perdana menteri itu juga memetik cogan kata manifesto BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 'Kestabilan Demi Kemakmuran'.
"Saya kembalikan mandat ini kepada rakyat. Kestabilan Demi Kemakmuran," katanya di sini, pada Sabtu.
Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut berkongsi sebuah video bertajuk Kestabilan demi Kemakmuran berdurasi lima minit 46 saat dalam hantaran itu.
Video itu menampilkan pengundi Melaka yang berkongsi pengalaman berada di bawah pentadbiran BN dan mereka mahukan kerajaan BN kekal di negeri itu.
#PRN Melaka #Barisan Nasional #Zahid Hamidi #mandat rakyat