PRN Melaka: Saya bersyukur, kini masa bekerja, bukan bulan madu - Fairul Nizam

Fareez Azman
November 20, 2021 04:42 MYT
Fairul Nizam berkata, kini masanya untuk bekerja serta membangunkan kawasan tersebut untuk kesejahteraan rakyat. - Gambar fail
AYER KEROH: Ketua Pemuda UMNO Melaka, Fairul Nizam Roslan yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menzahirkan rasa terharu selepas diberi mandat oleh rakyat di kawasan itu.
Jelasnya, kini masanya untuk bekerja serta membangunkan kawasan tersebut demi kesejahteraan rakyat.
"Syukur kepada Allah dan terima kasih pengundi Asahan beri mandat. Ini masa saya bekerja untuk rakyat dan banyak perkara kita hendak bangunkan, no honeymoon.
"Kita perlukan rangka kerja yang detail dan pasukan yang mantap untuk bekerja untuk rakyat," jelasnya ketika ditemui di sini, malam tadi.
Fairul Nizam berkata, beliau amat bersyukur selepas mengetahui berjaya menawan kerusi DUN terbabit dan menewaskan saingannya termasuk bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH).
"Pastinya (saya) teruja sudah menang, (tetapi) sekarang masa untuk bekerja," tambahnya.
Fairul Nizam berjaya mendapat 5,659 undi, mengatasi Idris (2,666) dan calon Perikatan Nasional (PN), Dhanesh Basil (1,364).
Tiga lagi calon Bebas iaitu Mohd Khir Ayob, Azmar Abd Hamid dan Mohd Noor Salleh masing-masing mendapat kurang 100 undi.
#PRN Melaka #DUN Asahan #idris haron #Fairul Nizam Roslan
;