PRN Melaka: Macam beli tiket konsert, tapi penyanyi tak ada! - Guan Eng

Raja Hisyam Raja Zaid
November 14, 2021 13:18 MYT
Guan Eng mendakwa, sekatan dan peraturan yang dikenakan oleh SPR pada PRN Melaka juga menjadikan PH seolah-olah diikat kaki dan tangan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Setiuausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyelar kekangan yang dikenakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Dalam ucapanya pada Konvensyen DAP Selangor pagi tadi beliau mendakwa, kekangan yang dilakukan adalah tidak adil kepada barisan parti pembangkang khususnya kepada Pakatan Harapan.
“Kita kempen kita pun kena jaga-jaga, nanti kena saman RM4,000. Pakai logopun mungkin boleh saman. Kita pakai boleh kena saman, mereka pakai tak ada masalah. Ini kita lihat macam mana adilnya SPR," katanya di hadapan hadirin pada konvensyen tersebut.
Tambah beliau sekatan dan peraturan yang dikenakan oleh SPR pada PRN Melaka juga menjadikan PH seolah-olah diikat kaki dan tangan kerana tidak mampu keluar untuk berkempen secara bersemuka seperti kelazimannya.
“Macam mana boleh kempen dalam keadaan ini? Pilihan raya calon tak boleh bersemuka dengan pemilih, tak boleh perkenalkan diri dengan pengundi, ini apa punya pilihan raya?
“Macam kita beli tiket untuk pergi konsert, tak ada penyanyi. Bawa anak-anak pergi jumpa Upin dan Ipin, Upin dan Ipin tak ada. Inilah pilhan raya negeri Melaka sekarang.
"Tetapi sungguhpun di mana tangan kita diikat, kaki kita diikat, mulut kita disumbat, mata kita ditutup... kita terus akan lawan," jelasnya lagi.
BACA: Kebenaran kempen di RTM buka ruang lebih luas promosi calon PRN Melaka - Wanita PN
BACA: PRN Melaka: BN sukar ukur sokongan rakyat dengan SOP ketat - Annuar Musa
Kempen PRN Melaka yang telah bermula menyaksikan beberapa parti politik bersungut dengan syarat SOP yang dikeluarkan agak ketat oleh pihak SPR, termasuk Barisan Nasional sebelum ini.
BACA: PRN Melaka: Dek kerana SOP ketat, calon kongsi pengalaman minum pagi empat kali
VIDEO: PRN Melaka | Pematuhan SOP kempen Pilihan Raya Negeri Melaka
Tarikh mengundi bagi PRN Melaka dijadualkan akan berlangsung pada 20 November ini.
#Lim Guan Eng #Pakatan Harapan #pembangkang #Suruhanjaya Pilihan Raya #PRN Melaka
;