PRN Melaka: Landskap politik norma baharu Melaka perlu diperhalusi

Eton Khir
November 14, 2021 06:21 MYT
MAS ERMIEYATI: Landskap politik yang bersesuaian dengan norma baharu perlu segera diperhalusi khususnya dalam melibatkan pentadbiran, akauntabiliti dan kebajikan masyarakat. - Foto BERNAMA
MELAKA: Landskap politik yang bersesuaian dengan norma baharu perlu segera diperhalusi khususnya dalam melibatkan pentadbiran, akauntabiliti dan kebajikan masyarakat.
Calon Perikatan Nasional (PN) N.02 Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menjelaskan, dalam konteks norma baharu politik semasa, tidak ada parti tunggal yang dominan membentuk kerajaan dan rakyat perlu sentiasa bersikap terbuka untuk menerima sebarang kemungkinan.
Tambahnya lagi, situasi ini juga bakal memberi peluang yang sama rata kepada semua parti untuk meraih kemenangan.
"Ini cukup penting sekali tetapi tidak diterjermahkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada kali ini. Yang mana, kita sangkakan kerajaan pusat yang sama, namun apa yang berlaku adalah berlaku penolakan oleh mereka sendiri. Malahan, hari ini juga semua parti mempunyai peluang kemenangan yang sama rata.
"Maksudnya, tidak ada yang dominan dan kita juga harus bersedia dalam apa juga kemungkinan.
"Inilah yang dikatakan politik norma baharu yang mana perlu kita hadam dan kita perlu berikan kefahaman sebenar kepada rakyat," beliau berkata demikian ketika ditemui bagi wawacara Agenda Awani di bilik gerakan Perikatan Nasional Tanjung Bidara, pada Sabtu.
Mas Ermieyanti turut berharap, asas titik tolaknya PRN) elaka pada kali ini memberikan cerminan untuk Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang, sekali gus memberikan satu sinar harapan untuk PN.
#GERAKAN #Agenda Awani #pilihan raya #Mas Ermieyati Samsudin
;