PRN: "Kita hantar anak muda untuk kalahkan sang pengkhianat, si kitol" - Anwar
Fareez Azman
Ogos 10, 2023 01:10 MYT
Ogos 10, 2023 01:10 MYT
GOMBAK: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat negeri Selangor agar menolak pemimpin yang disifatkan sebagai pengkhianat.
Jelas Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), sentimen musuh politik Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) adalah untuk menukar kerajaan Persekutuan meskipun Pilihan Raya Negeri (PRN) hanya membabitkan pentadbiran negeri.
"Termasuk calon DUN Hulu Kelang ini, bersih? Kamu sapu bersih...kita nak bawa satu tradisi dan budaya baru dalam negara kita.
"Penubuhan kerajaan sudah tahu tapi sampai sekarang (parti lawan) masih lagi riuh mereka cukup jumlah kerusi Parlimen, (kerajaan ini) tak sah, mereka akan tawan bulan Ogos (Putrajaya) jika kita menang.
"Menang di Selangor? Baik-baik, kerusi kamu kena terajang keluar, orang Gombak, kita ada Megat, ada Juwairiya, kita hantar anak muda untuk mengalahkan sang pengkhianat si kitol itu, satu lagi tentunya panglima handal di Selangor telah jejak langkah baik menyantuni rakhyat bekerja rajin saudara Amirudin Shari," katanya.
Sementara itu, Anwar turut menjelaskan bahawa keputusan Pertubuhan Profesor G70 (G70) menyatakan ikrar menyokong kerajaan perpaduan di bawah kepimpinannya amat mengharukan.
Ujarnya, keputusan dibuat para pemikir itu membuktikan bahawa Kerajaan Perpaduan membawa pelbagai perubahan dan pembelaan kepada rakyat serta membangunkan semula Malaysia yang lebih baik.
"Saya sebut tadi 70 Prof kanan, saya tidak diberitahu malah saya tidak tahu, saya tahu bila dilihat kenyatan itu kepada saya, saya terharu.
"Mereka ini bukan politik bukan angota politik, tiada janji habuan malah tidak menemui saya tapi mereka nyatakan pendirian enough of this corruption, rascism in this counry, guna dan tunggang agama untuk kepentingan politik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ceramah Grand Finale Kita Selangor di Keramat pada Khamis.