PRN: Kerjasama PH-BN akan bawa kelainan di Kelantan, Terengganu - Salahuddin

Fareez Azman
Julai 6, 2023 19:00 MYT
Salahuddin berkata, gabungan PH dan BN boleh membawa perubahan di Kelantan dan Terengganu. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi, dijangka akan membawa kelainan terutama di Kelantan dan Terengganu.
Menurut Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub, beliau yakin gabungan itu boleh membawa perubahan di Kelantan dan Terengganu.
"Kita ada kolaborasi yang baik dengan BN di seluruh negeri... di Kelantan dan Terengganu pastinya gabungan ini sangat perlu diperkukuh.
"Kita harapkan kolaborasi antara PH dan BN itu akan dapat lakukan sesuatu kelainan dalam PRN khususnya di Kelantan dan Terengganu," jelasnya.
Mengulas mengenai calon dan jentera Amanah, ujar Salahuddin, perkara itu akan diputuskan pada Isnin depan.
"Saya akan mempengerusikan mesyuarat Amanah mengenai calon pada Isnin akan datang.
"Insya-Allah kita boleh putuskan nama calon yang akan bertanding di PRN enam negeri itu. Saya rasa tidak ada masalah besar untuk Amanah kemukakan calon-calon terbaik," ujarnya lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melancarkan Inisiatif Payung Rahmah bersama Jaya Grocer dan Grab di ibu negara pada Khamis.
#Salahuddin Ayub #PRN #PRN Kelantan #PRN Terengganu
;