PRN Johor: Tok Mat dilantik Pengarah Jentera Pilihan Raya BN, Hasni Ketua Penyelaras
Firdaus Azil
Januari 29, 2022 15:37 MYT
Januari 29, 2022 15:37 MYT
JOHOR BAHRU: Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk melantik Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.
Sementara itu, Pengerusi BN Johor yang juga Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad pula dilantik sebagai Ketua Penyelaras.
Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang berlangsung semalam (28 Januari).
“Mesyuarat menegaskan, kebulatan tekad seluruh pimpinan parti komponen untuk terus mempertahan dan mengemas kini kedudukan Barisan Nasional yang menjadi wadah politik negara selama ini.
“Mesyuarat sebulat suara bersetuju memperkukuh jentera Barisan Nasional dan bergerak atas lambang Barisan Nasional secara bersama,” menurut kenyataan itu lagi.