PRN Johor: Senarai calon PN diumum Khamis - Muhyiddin
Ridauddin Daud
Februari 22, 2022 16:59 MYT
Februari 22, 2022 16:59 MYT
PUTRAJAYA: Semua perbincangan mengenai pembahagian kerusi melibatkan calon Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang sudah pun dimuktamadkan.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan senarai calon PN akan diumumkan pada 24 Februari (Khamis) ini.
"Pembahagian kerusi untuk PRN (Johor) dah selesai antara parti-parti dalam PN.
"Kita dalam peringkat akhir tapisan," katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara di sini hari ini.
PN dianggotai Bersatu, Pas dan Gerakan.
Sebelum ini, Muhyiddin dilaporkan berkata PN akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.
SPR menetapkan 12 Mac ini sebagai hari pengundian bagi PRN Johor dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Feb dan tarikh mengundi awal pula pada 8 Mac.