PRN Johor: Proses pengundian tamat

Astro Awani
Mac 12, 2022 10:00 MYT
Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bermula 8 pagi tadi tamat selepas pusat pengundian ditutup pada 6.00 petang ini. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bermula 8 pagi tadi tamat selepas pusat pengundian ditutup pada 6.00 petang ini.
Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bermula 8 pagi ini dengan 1,021 pusat pengundian dibuka.
Sejurus selepas pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi daripada 4,638 saluran itu dibawa ke 56 pusat penjumlahan undi di sini dan keputusan rasmi akan diumumkan malam ini oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh.
KEPUTUSAN PRN JOHOR DI SINI
Seramai 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar layak untuk menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.
PRN Johor kali ini menyaksikan seramai 239 calon daripada 15 parti politik bertanding.
SEMUA BERHUBUNG PRN JOHOR DI SINI
Setakat pukul 4 petang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaporkan sebanyak 50 peratus keluar mengundi.
#pengundian tamat #pusat pengundian ditutup #PRN Johor #Johor Memilih #pilihan raya negeri #SPR