JOHOR BAHRU: Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 berakhir 5 petang ini.
Bagaimanapun, terdapat pusat mengundi awal yang telah ditutup pada 12 tengah hari dan 2 petang.
Sebanyak 63 pusat mengundi dibuka bagi proses pengundian awal yang bermula 8 pagi tadi.
Lebih 22,000 anggota pasukan keselamatan terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan masing-masing layak mengundi hari ini.
Meskipun hujan pada sebelah pagi, ia tidak menghalang anggota keselamatan dan pasangan mereka keluar menunaikan tanggungjawab, dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan peratusan keluar mengundi sebanyak 81 peratus setakat 3 petang tadi.
Menurut PDRM dalam satu kenyataan proses pengundian awal berkenaan berjalan dengan lancar dan aman.
Antara yang mengundi hari ini ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman yang juga bekas Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay di Dewan Dato' Onn, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini.
Selain kemudahan di IPK Johor, 10 Ibu Pejabat Polis Daerah di seluruh negeri serta beberapa pejabat kerajaan turut dijadikan pusat mengundi.
Anggota tentera turut melaksanakan undi awal antaranya di Kem Mahkota, Kluang; Kem Tebrau, Ulu Tiram; Kem Batalion Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Batu Pahat dan Kem Rejimen Keempat Artileri Diraja (4RAD), Segamat.
Seramai 239 calon bertanding merebut 56 kerusi DUN pada PRN kali ini.
Hari pengundian PRN Johor ditetapkan Sabtu ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 08 2022

Menurut PDRM, proses pengundian awal berkenaan berjalan dengan lancar dan aman. - fotoBERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.

Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.

Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.

Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.