KULAI: Perbincangan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor termasuk mengenai pembahagian kerusi, masih belum dimuktamadkan, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Beliau berkata PH turut akan mengadakan perbincangan dengan parti-parti lain dalam masa terdekat berhubung kerjasama itu sejurus selesai rundingan dengan Muda.
"Kita mahu berbincang dengan semua parti untuk elak pertembungan tetapi buat masa ini perbincangan dengan Muda lebih realistik.
"Jadi kami harap kalau kita berjaya, kita boleh buat barisan atau pentas kerana kita bukan nak menang kerusi sahaja tapi kita nak menang kerajaan. Itu yang rakyat hendak...kita boleh buat perubahan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian ibu pejabat baharu DAP Johor di sini hari ini.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata demikian mengulas mengenai hasil rundingan antara PH dan Muda khususnya membabitkan agihan kerusi.
Sabtu lepas, Pengerusi PH yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata rundingan kerjasama dengan Muda kini di peringkat kepimpinan negeri dan Muda belum memberitahu jumlah kerusi yang dimahukan.
Mengenai Parti Warisan, Guan Eng berkata semua parti berhak untuk bertanding dalam PRN Johor dan sekiranya ada kerjasama antara PH dan parti itu, ia akan dilakukan secara literal terlebih dahulu.
Terdahulu, Naib Presiden Warisan Datuk Junz Wong dilaporkan berkata Warisan bersedia menjadi pengubah keadaan sekiranya parti itu membuat keputusan bertanding dalam PRN Johor.
Mengulas mengenai dakwaan Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan yang dilaporkan sebuah portal antara dasar utama PH ketika mentadbir negara sebelum ini adalah memotong peruntukan tanpa mengambil kira keperluan rakyat, Guan Eng berkata laporan itu tidak benar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 07 2022
Guan Eng berkata, PH turut akan mengadakan perbincangan dengan parti-parti lain dalam masa terdekat berhubung kerjasama itu sejurus selesai rundingan dengan Muda. - Gambar fail/ Bernama
Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri, KL, Putrajaya
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.
Final Jelajah Dunia: Aaron Chia-Soh Wooi Yik sah buat penampilan kelima
Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menempah tiket ke Final Jelajah Dunia BWF yang bermula di Hangzhou, China, 11 Disember depan.
Vietjet lancar penerbangan terus Hanoi-Kuala Lumpur, tingkatkan kesalinghubungan ASEAN
Syarikat penerbangan Vietjet, mengumumkan perkhidmatan baharu penerbangan terus di antara Hanoi dengan Kuala Lumpur.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 November 2024
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
Indonesia tegaskan sokongan bagi akauntabiliti di Palestin berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan bahawa pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Netanyahu dan Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Sidang kemuncak iklim PBB tidak capai apa-apa - Ahli sains Jerman
"Kita sudah mengadakan 28 sidang kemuncak, tetapi pelepasan gas telah meledak."
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.