JOHOR BAHRU: Polis tidak membenarkan sebarang penganjuran program perdebatan secara bersemuka dilakukan oleh mana-mana pihak sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata ia bagi mengelakkan daripada timbul suasana yang tidak tenteram, sekali gus memecahkan keamanan di negeri ini.
"Berdebat secara berdepan (bersemuka) kita tidak benarkan. Tolong faham keadaan (kerana) sekarang ini, keadaan adalah tenang dan masing-masing boleh berkempen dan semua parti politik yang hendak berkempen boleh lakukan dengan aman. Jadi kita tidak mahu ada satu perkara yang boleh memecahkan keamanan yang menyebabkan rosak habis semua tidak boleh berkempen," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sesi perdebatan antara pemimpin MCA dan DAP yang tidak mendapat kebenaran daripada pihak polis.
Sesi debat membabitkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dibatalkan setelah tidak mendapat kebenaran pihak polis, yang mana ia dijadualkan berlangsung pada hari ini di Dewan Persatuan Tiong Hua Johor Bahru, serta akan membincangkan mengenai isu membabitkan sebuah sekolah.
Kamarul Zaman berkata setakat ini pihaknya hanya membenarkan program berbentuk ceramah.
"Kita benarkan ceramah sahaja dan permit ceramah memang kita luluskan...kita bantu kecuali ada beberapa yang kita tidak luluskan kerana demi kepentingan dan kesejahteraan masyarakat di Johor," katanya.
Sementara itu, beliau berkata pihaknya telah meluluskan sebanyak 1,411 permit bagi ceramah dan kempen sejak hari penamaan calon sehingga semalam dan menjelaskan hanya enam permohonan ditolak, antaranya atas faktor pertindihan waktu dan lokasi ceramah berada berdekatan antara satu sama lain.
Jelas beliau, sepanjang PRN Johor seramai 806 pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah ditugaskan untuk melakukan pemantauan dan tiada kekecohan berlaku melibatkan mana-mana pihak setakat ini.
Kamarul Zaman pada masa sama berkata pihaknya setakat ini telah menerima sebanyak 152 laporan polis dan telah membuka 10 kertas siasatan yang antaranya membabitkan siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.
"Kertas siasatan yang dibuka ini antaranya melibatkan ceramah tanpa permit, khianat dengan api iaitu membakar bahan-bahan kempen, siasatan terhadap posting di laman Facebook yang membangkitkan kemarahan dan ada juga posting berbaur lucah," katanya.
Beliau berkata siasatan antara lain turut dijalankan mengenai perbuatan yang membangkitkan perasaan jahat atau permusuhan dan pelanggaran prosedur operasi standard.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 06 2022
Kamarul Zaman diminta mengulas mengenai sesi perdebatan antara pemimpin MCA dan DAP yang tidak mendapat kebenaran daripada pihak polis.- Gambar fail
MPM bakal terbitkan buku braille kod klasifikasi pertama dunia
MPM melangkah lebih jauh apabila bakal melancarkan buku Braille IPC Kod Klasifikasi Atlet khas untuk atlet yang mempunyai masalah penglihatan.
Isu papan tanda: Penguatkuasaan dilaksana untuk pastikan peraturan dipatuhi - Dr Zaliha
Tindakan penguatkuasaan terhadap papan tanda premis perniagaan yang tidak menepati undang-undang dibuat bukan atas desakan mana-mana pihak atau individu.
Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.
Kerjasama Malaysia, India, Indonesia perkukuh penternakan telur bebas sangkar di Asia
Dalam mengorak ke hadapan serta memperkukuhkan lagi kebajikan haiwan ternakan di peringkat global, PPTBSM menjalin kerjasama strategik dengan Persatuan Bebas Sangkar India dan Indonesia.
Pembangunan Malaysia perlu rangka pendekatan menyeluruh, mengikut konteks - Pakar ekonomi
Pakar ekonomi menyarankan keperluan untuk Malaysia menilai semula pendekatan pembangunan agar lebih menyeluruh dan mengikut konteks.
Umat Islam dinasihat elak pertelingkahan soal aliran,manhaj - Zulkifli
Umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya mengelak daripada bertelingkah sesama sendiri dalam berhujah mengenai perbezaan aliran mahupun manhaj.
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.
PM Thailand arah langkah bantuan segera untuk wilayah selatan yang dilanda banjir
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan langkah bantuan banjir yang pantas dan menyeluruh untuk Selatan Thailand, yang banjir teruk telah menyebabkan kemusnahan meluas
Enggan bincang isu rasuah Adani Group, Parlimen ditangguhkan sekali lagi
Dakwaan ini muncul apabila pihak berkuasa Amerika Syarikat menuduh kumpulan tersebut terlibat dalam sebuah skim rasuah dan penipuan besar-besaran.
Tujuh cedera, kereta api dan lori bertembung
Menurut kenyataan media oleh Polish State Railways (PKP), kemalangan itu menyebabkan kelewatan perjalanan dan ratusan penumpang terkandas.
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.