PRN Johor: Pejuang lancar lagu rasmi

Astro Awani
Februari 10, 2022 05:15 MYT
Pejuang melancarkan lagu rasmi pada Jumaat malam dan disiarkan menerusi laman YouTube Tun Dr Mahathir Mohamad dan dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi parti. -Foto Pejuang
KUALA LUMPUR: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) melancarkan lagu rasmi pada Khamis malam dan disiarkan menerusi laman YouTube Tun Dr Mahathir Mohamad dan dikongsikan di laman Facebook rasmi parti.
Menggunakan konsep irama kontemporari dan moden, lirik lagu parti membariskan 22 ayat antara lain menyentuh hal mengenai konsep survival Melayu, demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.
Sementara video muziknya pula menampilkan rakaman visual pemimpin-pemimpin parti seperti Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Amiruddin Hamzah.
Pejuang yang turut melancarkan jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor malam tadi mendapat kelulusan sebagai sebuah parti politik pada 8 Julai tahun lalu setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Jun mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat keputusan dalam masa 14 hari.
BACA: Pejuang fokus menang kerusi sebanyak mungkin, calon MB kemudian - Mukhriz
PRN Johor merupakan pilihan raya negeri pertama yang disertai parti berkenaan setelah enggan terlibat dalam PRN di Melaka pada 20 November lalu.
BACA: Pejuang tidak sertai PRN Melaka - Tun Mahathir
#Parti Pejuang Tanah Air #lancar lagu rasmi #Mukhriz Mahathir #PRN Johor
;