MERSING: Seorang nenek berusia 83 tahun menzahirkan keterujaan apabila buat kali pertama, seluruh keluarganya dapat berkumpul untuk sama-sama turun padang menunaikan tanggungjawab mengundi.
Menurut Aisah Sulaiman yang telah beberapa kali mengundi, dia turut menzahirkan rasa syukur kerana masih dikurniakan kesihatan yang baik walaupun berasa sedikit bimbang berikutan keadaan kes COVID-19.
“Alhamdulillah.. Allah sihatkan tubuh badan mak cik dapat berjalan pergi ke pusat undi. Gembiralah.. anak cucu semua ada kali ini sama-sama keluar mengundi.
“Ada lah takut sikit keadaan COVID-19, tapi Alhamdulillah, insya-Allah tiada apa-apa... kita banyakkan doa lah,” katanya ketika ditemui sebaik sahaja seluruh keluarganya selesai mengundi di Sekolah Agama Bandar Endau pada Sabtu.
Sementara itu, cucu kepada Aisah, Noratiqah Jumien, 34, yang merupakan seorang guru tadika, bersyukur diberi ruang untuk membawa kesemua ahli keluarganya pulang ke kampung halaman di Endau bagi melaksanakan mandat tersebut.
Isu COVID-19 tidak dinafikan menjadi perkara yang amat dibimbangkan namun perancangan masa yang teratur berjaya mengelakkan keluarganya daripada bersesak di pusat undi.
“Saya kerja di Kuala Lumpur, jadi mak semua duduk dengan saya. Jadi kita cuba jugalah bawa balik semua (keluarga) untuk tunaikan tanggungjawab bersama nenek.
“Mula-mula memang risau pasal COVID-19 tapi kita rancang pergerakan dan Alhamdulillah orang tak ramai sangat semasa kita semua mengundi,” katanya kepada Astro AWANI.
Dalam pada itu, Noor Syahirah Jumien, 22, yang merupakan adik bongsu kepada Nooratiqah tidak melepaskan peluang selaku pengundi baharu untuk kali pertama terlibat dengan proses demokrasi itu.
Selain itu, dia mengakui berdebar berikutan buat pertama kalinya terlibat dengan proses menunaikan tanggungjawab itu.
“Kita berdebarlah juga sebab kali pertama undi, takut undi kita salah atau tak diterima tapi pengalaman ketika undi di kampus dulu ada belajar juga sedikit pasal proses undi.
“Sebelum ini, kita tak pernah undi.. jadi tak tahu sangat situasi politik negara. Jadi bila dah boleh mengundi, kita nampak macam mana keadaan sebenar politik negara dan apa yang berlaku,” katanya lagi.
DUN Endau melibatkan saingan lima penjuru membabitkan calon daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), serta calon dari parti Bebas.
Menurut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), setakat jam 12 tengah hari, kadar peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 29 peratus bagi seluruh kawasan di Johor.
Hilmi Malik
Sat Mar 12 2022
Aisah (dua dari kiri) vbersama anak dan cucunya melunaskan tanggungjawab sebagai pengundi di Sekolah Agama Bandar Endau pada Sabtu. - Astro AWANI
Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar
KKM perlu kerjasama dengan universiti untuk bangunkan vaksin bagi mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import.
Perak teroka pasaran halal global - Menteri Besar
Perjanjian dimeterai antara Leiner Gelatine dan Ladang Lekir dalam usaha menjadikan Perak pemain utama pengeluaran produk halal.
8 terbunuh, 2,750 cedera akibat letupan di seluruh Lubnan
Hospital di Beirut, Saida dan Tyre dipenuhi dengan individu yang cedera.
Tindak balas antarabangsa bantu mangsa Taufan Yagi di Myanmar diperlukan
Taufan Yagi melanda utara Myanmar pada 10 September, menyebabkan banjir teruk, tanah runtuh dan kemusnahan meluas di seluruh negara.
Populasi warga emas berusia 100 tahun di Jepun melebihi 95,000
Bilangan penduduk berusia sekurang-kurangnya 100 tahun di Jepun dianggarkan mencecah 95,119 orang pada September.
Pantai Port Dickson tumpuan pengunjung musim cuti sekolah
Pantai peranginan di Port Dickson menjadi tumpuan pengunjung dari seluruh pelosok negeri untuk berkelah bersama keluarga sempena musim cuti persekolahan ini.
Malaysia melihat kemampanan industri nadir bumi dengan potensi semakan perundangan
Ia untuk menilai keperluan pelarasan bagi pengawasan cekap sektor unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).
23 projek rumah mampu milik akan dibina menerusi RMK-12
Kesemua projek berkenaan akan menyediakan lebih 7,000 unit RMM, yang dibina khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40).
Rusia, Malaysia jalin kerjasama dalam pelancongan mesra Muslim
Rusia dan Malaysia sedia utingkatkan pelancongan mesra Muslim menerusi kerjasama baharu antara badan pensijilan halal Rusia, Roskachestvo dan Pusat Pelancongan Islam Malaysia.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.