JOHOR BAHRU: Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong mengumumkan 14 daripada 15 calon parti itu yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac depan.
Menteri Pengangkutan itu berkata calon MCA terdiri daripada gandingan muka lama dan baharu.
"Kali ini kami cuba mencampurkan calon senior dan juga mereka yang lebih muda. Sembilan calon MCA kali ini adalah muka baharu manakala empat daripada mereka adalah wanita," katanya dalam Majlis Pengumuman Calon MCA di sini hari ini.
Calon MCA pada PRN Johor ialah See Ann Giap bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jementah, Tan Chong (Bekok), Ong Chee Siang (Tangkak), Gan Qi Ru (Bentayan), Ling Tian Soon (Yong Peng) dan Ter Hwa Kwong (Penggaram).
Kelly Chye Pei Yee pula bertanding di DUN Mengkibol, Lee Ting Han (Paloh), Chan Shan Shan (Johor Jaya), Ang Boon Heng (Stulang), Tan Hiang Kee (Perling), Lim Soon Hai (Skudai), Shen Poh Kuan (Senai) dan Tan Eng Meng (Pekan Nenas).
Wee berkata calon parti itu bagi DUN Puteri Wangsa masih belum dimuktamad.
Beliau berkata MCA bersikap lebih inklusif dalam memilih calon yang bertanding dalam PRN Johor atas tiket Barisan Nasional.
Wee juga berkata MCA perlu bekerja lebih keras dalam menghadapi PRN ini terutama dengan penyertaan parti baharu yang bertanding.
"Pada Pilihan Raya Umum lepas, MCA kalah di kesemua DUN di Johor. Ini bermakna kita perlu berusaha lebih untuk mendapat mandat baharu.
"Malaysia adalah sebuah negara dengan sistem demokrasi yang subur dan semua pihak berhak bertanding.
"Kami tidak gentar dan perlu bekerja keras untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional," katanya ketika ditanya tentang keyakinan MCA pada pilihan raya itu.
Beliau juga berkata kesemua 15 calon MCA akan diperkenal pada satu majlis yang diadakan esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 24 2022
![PRN Johor: MCA umum calon di 14 daripada 15 kerusi DUN yang ditandingi PRN Johor: MCA umum calon di 14 daripada 15 kerusi DUN yang ditandingi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81645705735_MCAPRNJohorBN.jpg)
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong mengumumkan 14 daripada 15 calon parti itu yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac depan. - Foto Facebook/MCA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Ramanan terharu layanan pengundi Cina Sungai Bakap Ramanan terharu layanan pengundi Cina Sungai Bakap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719666580_TBramanan.jpg)
Ramanan terharu layanan pengundi Cina Sungai Bakap
Ramanan menzahirkan rasa terharu dengan layanan baik masyarakat Cina, ketika menyantuni mereka bersama jentera MCA pada kempen PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap semalam.
![PRK Sungai Bakap: MCA dialu-alukan bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan - Loke PRK Sungai Bakap: MCA dialu-alukan bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715440436_TBCALONDAP.jpg)
PRK Sungai Bakap: MCA dialu-alukan bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengalu-alukan penglibatan MCA bagi membantu kempen calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
![Dakwa hubungan PH-BN kini retak, Fahmi minta Sanusi diam Dakwa hubungan PH-BN kini retak, Fahmi minta Sanusi diam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713884221_TBFAHMISANUSI.jpg)
Dakwa hubungan PH-BN kini retak, Fahmi minta Sanusi diam
Muhammad Sanusi pada Isnin mengatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan 'pecahkan lagi' keretakan dalam hubungan antara MCA dengan PH.
!['Hormati hak MCA tidak kempen kecuali calon dari BN' - Pemuda MCA 'Hormati hak MCA tidak kempen kecuali calon dari BN' - Pemuda MCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713844770_tbNeowChooSeong.jpg)
'Hormati hak MCA tidak kempen kecuali calon dari BN' - Pemuda MCA
Pemuda MCA tidak akan menghalang mana-mana parti yang mahu membantu DAP untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), Mei ini.
![PRK Kuala Kubu Baharu: Presiden MIC janji turun berkempen esok - Anwar PRK Kuala Kubu Baharu: Presiden MIC janji turun berkempen esok - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713688795_AnwarIbrahim.jpg)
PRK Kuala Kubu Baharu: Presiden MIC janji turun berkempen esok - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan yang mengatakan MIC tidak akan turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
![DAP tubuh jawatankuasa urus pengebumian mendiang ADUN Kuala Kubu Baharu DAP tubuh jawatankuasa urus pengebumian mendiang ADUN Kuala Kubu Baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710998667_TBLeeKeeHiongj.jpg)
DAP tubuh jawatankuasa urus pengebumian mendiang ADUN Kuala Kubu Baharu
DAP Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa khusus bagi menguruskan pengebumian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong yang meninggal dunia hari ini.
![Tahun Baharu Cina: PM Anwar hadir Rumah Terbuka MCA Tahun Baharu Cina: PM Anwar hadir Rumah Terbuka MCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707538338_AnwarIbrahim.jpg)
Tahun Baharu Cina: PM Anwar hadir Rumah Terbuka MCA
Ini kali kedua Perdana Menteri hadir majlis berkenaan sejak menjawat jawatan Perdana Menteri pada November 2022.
![Tarif air: MCA mahu PM campur tangan, audit operator dan rombak SPAN Tarif air: MCA mahu PM campur tangan, audit operator dan rombak SPAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705595809_WeeJeckSeng.jpg)
Tarif air: MCA mahu PM campur tangan, audit operator dan rombak SPAN
Naib Presiden MCA, Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata, bekalan air bersih dan berterusan kepada rakyat bukan suatu perniagaan, tetapi tanggungjawab dan misi kerajaan.
![Zahid nasihat MCA, DAP selesai perbezaan pendapat Zahid nasihat MCA, DAP selesai perbezaan pendapat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704784825_AhmadZahidHamidi.jpg)
Zahid nasihat MCA, DAP selesai perbezaan pendapat
Perbezaan pendapat antara MCA dan DAP adalah perkara biasa dalam politik, tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
![Bekas Menteri Kesihatan Chua Jui Meng meninggal dunia pada usia 80 tahun Bekas Menteri Kesihatan Chua Jui Meng meninggal dunia pada usia 80 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701602520_TBBelasungkawaNonM.jpg)
Bekas Menteri Kesihatan Chua Jui Meng meninggal dunia pada usia 80 tahun
Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng, 80, meninggal dunia di Hospital Serdang hari ini pada 4.04 petang.