PRN Johor: Maszlee pujuk rakyat keluar mengundi dalam bahasa Tamil

Firdaus Azil
Mac 7, 2022 14:28 MYT
Dalam video berdurasi 20 saat, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu menunjukkan beliau boleh bertutur bahasa Tamil dengan baik. - Foto tangkapan layar Twitter Maszlee
JOHOR BAHRU: Berbaki lima hari lagi sebelum hari penamaan bagi Pilihan Raya Negeri Johor, pelbagai cara dilakukan calon-calon bertanding untuk memenangi undi Rakyat.
Calon Parti Keadilan Rakyat bagi DUN Layang-layang, Maszlee Malik tidak kurang mempamerkan kreativitinya.
Dalam sebuah video berdurasi 20 saat yang dikongsi di laman Twitternya, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu menunjukkan beliau boleh bertutur bahasa Tamil dengan baik.
Lebih mencuit hati, lagaknya persis karakter filem terkenal di peringkat global, Sivaji the Boss.
BACA SEMUA BERHUBUNG PRN JOHOR DI SINI

Saya bukan boss seperti Sivaji tapi saya mahu anda semua keluar mengundi pada 12hb Mac. , 12 . Ini pesanan Maszlee d Boss ! pic.twitter.com/WD0w4eM13q

— Maszlee Malik (@maszlee) March 7, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Salam sejahtera. Jangan lupa untuk mengundi. Jangan takut COVID-19. SOP telah ditetapkan.
“Saya Maszlee, calon N01 DUN Layang-Layang,” katanya lagi.
Dalam perebutan kerusi Layang-Layang, Maszlee dicabar oleh K. Alagathiran daripada PN, Abdul Mutalib Abd Rahim (Barisan Nasional) dan Ahmad Shafiq Othaman yang mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
#PRN Johor #Johor Memilih #Video bahasa Tamil #DUN Layang-layang
;