PRN Johor: Maszlee calon PKR di DUN Layang-Layang

Astro Awani
Februari 14, 2022 19:40 MYT
Perkara itu diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sebuah majlis di Rengit, Johor. - Foto Twitter/Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menamakan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik sebagai calon parti itu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Perkara itu diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Majlis Pengumuman Calon PKR PRN Johor (Bagi Zon Tengah) di Rengit, Johor.
"Saya yakin kemampuan beliau untuk terjemah aspirasi parti serta membawa suara dan kehendak rakyat keseluruhan," kata Anwar menerusi ciapan di Twitter beliau.
Sebelum ini, Maszlee yang merupakan bekas Menteri Pendidikan pernah dilaporkan antara calon Menteri Besar sekiranya Pakatan Harapan berjaya membentuk majoriti di negeri itu.

DR MASZLEE MALIK CALON KEADILAN DUN LAYANG-LAYANG Mengumumkan @maszlee sebagai calon KEADILAN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang. Saya yakin kemampuan beliau untuk terjemah aspirasi parti serta membawa suara dan kehendak rakyat keseluruhan. #JohorBangkit pic.twitter.com/F97yMBj1Na

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) February 14, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Sekiranya layak, Maszlee boleh dipertimbang sebagai calon Menteri Besar - Anwar
BACA SEMUA BERHUBUNG PRN JOHOR DI SINI
Bagaimanapun, pada majlis berkenaan Anwar hanya mengumumkan satu calon.
Sementara itu, malam tadi, Anwar turut mengumumkan tujuh lagi calon yang akan bertanding di bahagian Zon Utara melibatkan kerusi DUN Semerah, Bukit Naning, Gambir, Sri Medan, Pemanis, Buloh Kasap dan Sungai Balang.
Pada satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di sini, beliau memaklumkan PKR mempertaruhkan bekas Ahli DUN (ADUN) Semerah Mohd Khuzzan Abu Bakar dan bekas ADUN Bukit Naning Md Ysahruddin Kusni, untuk mempertahankan kerusi masing-masing.
Calon lain adalah muka baharu iaitu Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Johor Yoong Thau yang akan bertanding di kerusi Pemanis manakala bagi DUN Gambir ditandingi Setiausaha MPN PKR Johor Naim Jusri.
Ketua Cabang Pagoh C. Subramani pula bakal bertanding di Buloh Kasap, Timbalan Ketua Cabang Parit Sulong Azmi Masrami (Sri Medan) dan Timbalan Ketua Cabang Muar Abdullah Sahid (Sungai Balang).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac ini sebagai hari pengundian dengan penamaan calon pada 26 Feb manakala pengundian awal pada 8 Mac.
#Anwar Ibrahim #Maszlee Malik #Pakatan Harapan #PRN Johor
;