PRN Johor: KKM nafi saran warga emas tidak keluar mengundi
Bernama
Februari 6, 2022 17:10 MYT
Februari 6, 2022 17:10 MYT
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menafikan telah mengeluarkan saranan hebahan kepada warga emas berumur lebih 60 tahun supaya tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri Johor akan datang, seperti ditularkan di media sosial baru-baru ini.
Menurut hebahan palsu tersebut, kumpulan berkenaan disarankan agar berbuat demikian bagi mencegah penyebaran wabak COVID-19 dalam kalangan golongan warga emas.
Bagaimanapun, KKM memaklumkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan saranan itu dan berharap orang ramai tidak menyebarkan maklumat palsu terbabit.
-- BERNAMA