PRN Johor: Calon BN DUN Layang-Layang selesai mengundi
Hasimi Muhamad
Mac 12, 2022 09:20 MYT
Mac 12, 2022 09:20 MYT
SIMPANG RENGGAM: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mutalib Rahim selesai menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang, di sini.
Bekas exco kerajaan negeri itu tiba di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Felda Layang-Layang sekitar 8.20 pagi, sebelum selesai sekitar pukul 8.45 pagi.
Mutalib akan berdepan tiga lagi saingan di DUN Layang-Layang, termasuk melibatkan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik (PKR).
Selain itu, dua lagi calon ialah K Alagathiran (Perikatan Nasional) dan Ahmad Shafiq Othaman daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Seramai 25,147 pengundi berdaftar layak mengundi di DUN Layang-Layang.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Datuk Onn Hafiz Ghazi (BN) memenangi kerusi DUN Layang-Layang dengan 7,449 undi.
Bagaimanapun untuk PRN Johor, Onn Hafiz bertanding di DUN Machap.