PRN Johor: Alwiyah selesai tunai tanggungjawab

Hilmi Malik
Mac 12, 2022 09:12 MYT
Alwiyah mengundi di SK Sawah Dato' bagi DUN Endau. - Foto Astro AWANI
MERSING: Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau, Alwiyah Talib selesai menunaikan tanggungjawab mengundi di SK Sawah Dato' pagi ini.
Terdahulu, beliau yang mengenakan sepasang baju kurung berwarna merah tiba sekitar jam 8.15 pagi diringi suami dan anak-anaknya.
Alwiyah dan keluarga meninggalkan pusat mengundi berkenaan pada jam 8.30 pagi selepas kesemua mereka selesai membuang undi.
SK Sawah Dato' merupakan salah satu pusat mengundi bagi DUN Endau yang menyediakan lima saluran mengundi termasuk untuk golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU).
Tinjauan Astro AWANI mendapati proses mengundi yang bermula tepat jam 8 pagi ketika ini berjalan lancar.
LAPOR LANGSUNG: PRN JOHOR
Ini termasuk persiapan daripada petugas-petugas terlibat yang mula berada di pusat mengundi itu sejak awal pagi.
Rata-rata pengundi yang ditemui kelihatan mula hadir sejak awal pagi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.
Difahamkan, beberapa pusat mengundi lain turut menjadi tumpuan membabitkan calon lain yang turut menunaikan tanggungjawab.
DUN Endau menyaksikan saingan lima penjuru melibatkan penyandang sebelumnya, Alwiyah Talib (PN), Mohd Youzaimi Yusof (BN), Mohd Norhisyam Ibrahim (Pejuang), dan calon Bebas, Ismail Don.
BACA SEMUA BERHUBUNG PRN JOHOR DI SINI
Kerusi tersebut antara kawasan yang dianggap 'panas' apabila Alwiyah sebelum ini memenangi kerusi itu atas tiket BN.
BN dalam masa sama mempunyai misi untuk merampas kembali kerusi tersebut selain menyifatkan ia bukan milik Bersatu.
#PRN Johor #dun endau #Alwiyah Talib
;