PRN: 'Jangan buat spekulasi' - Guan Eng

Sinar Harian
Ogos 13, 2023 13:25 MYT
Guan Eng berkata, beliau perlu berada di pusat penjumlahan undi di Kompleks Masyarakat Penyayang untuk menyaksikan sendiri proses pengiraan undi di situ. - Gambar/ Sinar Harian
GEORGE TOWN: Pengerusi DAP, Lim Guan Eng meminta semua pihak termasuk media tidak membuat spekulasi mengenai ketidakhadirannya di pusat penjumlahan undi Pakatan Harapan- Barisan Nasional (PH-BN) pada malam Sabtu.
Guan Eng yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih berkata, beliau perlu berada di pusat penjumlahan undi di Kompleks Masyarakat Penyayang untuk menyaksikan sendiri proses pengiraan undi di situ.
Sebelum ini, beberapa khabar angin bertiup kencang apabila ada yang mendakwa hubungan Guan Eng dan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dingin susulan isu-isu berkaitan pilihan raya negeri (PRN). - Sinar Harian
BERITA LANJUT MENYUSUL
#PRN #PRN Pulau Pinang #Lim Guan Eng #Chow Kon Yeow
;