PRN: Isu Nik Abduh, Mohd Amar: Nik Din diam diri

Sinar Harian
Julai 30, 2023 15:21 MYT
Nik Din sebelum ini dilapor mendakwa Mohd Amar menjadi punca ketiadaan nama Nik Abduh sebagai calon pilihan raya negeri (PRN) Kelantan. - Gambar fail
KOTA BHARU: Adik kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat mengambil keputusan untuk berdiam diri dan tidak lagi mahu memberikan sebarang ulasan berkait isu Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh dan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah.
Nik Din Nik Mat berkata, tindakan itu bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih keruh selepas ini.
"Cukuplah setakat ini sahaja, saya tidak mahu ulas," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Pulau Melaka di sini pada Ahad.
Sinar Harian pada Sabtu melaporkan, Nik Din mendakwa Mohd Amar menjadi punca ketiadaan nama Nik Abduh sebagai calon pilihan raya negeri (PRN) Kelantan.
Nik Din turut mendakwa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menghantar surat meminta Pas menyenaraikan nama Nik Abduh.
Beliau juga hairan apabila nama anak saudaranya itu tidak dicalonkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka. - Sinar Harian
#PRN #nik abduh #Nik Din Nik Mat #isu calon
;