KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Muhammad Faiz Na'aman mengumumkan meletak jawatan termasuk berhenti sebagai ahli parti itu berkuat kuasa hari ini.
Dakwa Muhammad Faiz, objektif awal penubuhan parti berkenaan kian terpesong yang mana ia mahu menggantikan UMNO dengan memberi lebih ruang kepada orang muda dan muka baharu terutama mempunyai latar belakang bersih.
“Keputusan kepimpinan parti yang sering kali mengabaikan suara akar umbi, para pengasas awal dan teguran jentera bawahan menyebabkan Bersatu telah mengalami kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan PRN Johor sebelum ini.
“Sejarah itu juga dilihat bakal berulang pada PRN enam negeri terutama untuk kerusi-kerusi Bersatu dalam PRN Selangor sekarang,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook pada Isnin.
Tambah beliau, pemilihan calon oleh parti juga bersifat ‘berat sebelah’ kepada ‘kartel’ tertentu dan muka baharu dijadikan sebagai ahli semata-mata untuk dipertandingkan dalam PRN Selangor.
Rentetan itu, Muhammad Faiz berkata, ia telah menyebabkan pemberontakan lebih sembilan bahagian Bersatu di Selangor hingga berlakunya insiden membakar bendera Perikatan Nasional (PN) secara terbuka sebagai tanda protes akar umbi terhadap percaturan Jawatankuasa Pemilihan Saringan Calon.
“Bukan itu sahaja, kelemahan lembaga disiplin parti yang lambat dan banyak kerenah menyebabkan watak yang telah keluar dan mengkhianati parti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu boleh kembali mendakwa dirinya masih menjadi ahli Bersatu untuk dipilih menjadi calon PN dalam PRN ini.
“Tidak menghairankan jika Bersatu tidak lagi menjadi wadah tumpuan penghijrahan mereka dari parti-parti lain atau menjadi sasaran kemasukan anak-anak muda serta orang baharu dalam politik memandangkan kerapuhan sistem pengurusan keahlian,” ujarnya.
Pada masa sama, Muhammad Faiz memaklumkan bahawa parti berkenaan makin tidak dihormati.
Malah, ujar beliau, ada permintaan dan keputusan rundingan tidak diendahkan oleh rakan parti yang terkuat dalam PN apabila mereka tahu bahawa Bersatu makin lemah dari segi kepimpinan dan pengaruh akibat percaturan politik dalaman.
Beliau turut menzahirkan rasa kecewa kerana Bersatu kurang menekankan mengenai asas ideologi perjuangan dalam kalangan pemimpin dan akar umbi parti hingga ada pihak baharu menyertai parti cuba membawa mentaliti terdahulu.
“Saya ingin membuka lembaran buku baharu kehidupan sempena penghijrahan saya ini tanpa menoleh lagi ke belakang.
“Saya harap kita boleh mengamalkan politik matang berdasarkan rasional, fakta, realiti dan keutamaan dalam membentuk masyarakat yang adil, cerdik menilai serta tidak taksub dengan individu demi membina kembali negara majmuk milik,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Aug 07 2023
Dr Faiz berkata, pemilihan calon oleh parti juga bersifat berat sebelah kepada kartel tertentu dan muka baharu dijadikan sebagai ahli semata-mata untuk dipertandingkan dalam PRN Selangor. - Gambar/ Sinar Harian
Kenderaan berat dilarang masuk lebuh raya terpilih pada waktu puncak mulai 19 Feb
Jajaran lebuh raya berkenaan adalah di PLUS, NKVE, ELITE dan DUKE.
The Economy with Ibrahim Sani: Kegiatan Seperti Bola Sepak Dorong Pertumbuhan Lestari
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad membincangkan bagaimana kegiatan seperti bola sepak boleh mendorong pertumbuhan ekonomi yang lestari di peringkat akar umbi. Beliau menekankan pentingnya aktiviti komuniti dalam membina ekonomi yang mampan dan inklusif.
Garis panduan umat Islam hadir rumah ibadat bukan Islam untuk jaga hubungan - YADIM
Cadangan mewujudkan garis panduan bagi umat Islam menghadiri majlis di rumah ibadat bukan Islam mampu menjadi panduan kepada umat Islam untuk menjaga asas muamalah (perhubungan) dalam kalangan masyara
Chad umum Kabinet baharu
Senarai anggota Kabinet dibacakan menerusi televisyen nasional dan platform dalam talian kepresidenan Chad.
Grab dan GoTo percepat perbincangan penggabungan bagi atasi kerugian
Grab Holdings Ltd dan GoTo Group mempercepatkan perbincangan penggabungan dan mensasarkan untuk memeterai perjanjian tahun ini juga, bagi mengatasi kerugian yang berlarutan dalam pasaran Internet yang sangat sengit di Asia Tenggara.
Mesir tolak pemindahan rakyat Palestin, ingatkan natijah buruk kestabilan serantau
Mesir beri amaran akibat buruk yang mungkin timbul daripada tindakan tidak bertanggungjawab ini.
AWANI Ringkas: Mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Grab-GoTo, ini 6 implikasi apabila digabungkan
Penggabungan Grab dan GoTo mencetuskan perbincangan mengenai kawalan pasaran, persaingan serta kesannya terhadap pengguna dan tenaga kerja di Malaysia.
Malaysia berpotensi jadi hub Semikonduktor global
Menurut Pengarah & Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib. ini kerana industri semikonduktor di negara ini berjaya menunjukkan kemajuan yang pesat sehingga mampu mengatasi negara Taiwan.
Pelakon veteran, Roslan Saleh meninggal dunia
Jenazah Allahyarham Roslan akan dibawa ke Masjid Tanah, Melaka untuk dikebumikan dijangka selepas solat Jumaat.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.