PRN: Calon BN DUN Jeram Padang terlibat kemalangan

Hafizi Rosli
Julai 31, 2023 08:17 MYT
Calon BN DUN Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir terlibat dalam kemalangan pada jam 3.25 pagi di Jalan Pasir Besar-Palong di Negeri Sembilan. - Foto/Instagram: @drasyrafwajdi
KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir dilaporkan terlibat dalam kemalangan awal pagi Isnin.
Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, kemalangan itu dilaporkan berlaku pada jam 3.25 pagi di Jalan Pasir Besar-Palong di Negeri Sembilan.
"Dapat berita pagi ini sahabat saya yang juga calon BN DUN Jeram Padang, Zaidy Abdul Kadir mengalami kemalangan.
"Kemalangan di jalanraya di Jalan Pasir Besar-Palong dalam pukul 3.25 pagi tadi," jelas Asyraf di laman Instagram.
Asyraf turut memaklumkan, keadaan pemandu agak kritikal.
Beliau turut memohon agar dapat mendoakan agar kedua-dua mangsa kemalangan itu kembali sembuh dengan sempurna.
Mohd. Zaidy akan bertembung dengan calon Perikatan Nasional S. Surash pada PRN yang berlangsung pada 12 Ogos ini.
#Mohd Zaidy Abdul Kadir #DUN Jeram Padang #kemalangan #Asyraf Wajdi Dusuki
;