PRN: Anwar iringi Amirudin, Megat, Juwairiya ke pusat penamaan calon

Fareez Azman
Julai 29, 2023 09:41 MYT
Anwar hadir di pusat penamaan calon bagi memberi sokongan kepada calon Pakatan Harapan-Barisan Nasional di bawah Parlimen Gombak pagi ini. - Foto Astro AWANI
GOMBAK: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiringi calon Pakatan Harapan-Barisan Nasional di Sekolah Menengah Kebangsaan Sg Pusu pagi ini.
Beliau tiba kira-kira jam 8.30 pagi bagi mengiringi Menteri Besar Selangor yang juga calon kerusi DUN N.16 Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari, calon N.17 Gombak Setia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan calon N.18 Hulu Kelang Juwairiya Zulkafli.
Hadir sama, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Luar yang juga Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Bekas Menteri Luar, Tan Sri Anifah Aman.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Amirudin menang dengan majoriti 11,374 mengalahkan tiga calon lain bagi DUN Sungai Tua.
Bagaimanapun, pada PRN kali ini, beliau bakal dicabar calon Perikatan Nasional (PN) Muhammad Hanif Jamaluddin.
Manakala bagi kerusi DUN Gombak Setia, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin bakal memberi tentangan sengit kepada penyandang, Muhammad Hilman Idham dari PN.
Kerusi DUN Hulu Kelang pula menyaksikan Pengarah Pilihan Raya PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bakal berdepan calon PH-BN Juwairiya Zulkifli yang juga Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Selangor.
#Anwar Ibrahim #Amirudin Shari #PRN Selangor #DUN Sungai Tua
;