PRN: Aminuddin sedia pertahan kerusi DUN Sikamat

Shuhada Abdul Kadir
Julai 7, 2023 16:16 MYT
Aminuddin yang juga penyandang kerusi itu berkata, beliau yakin masih mendapat sokongan akar umbi di kawasan berkenaan. - Gambar fail
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memberi bayangan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.
Aminuddin yang juga penyandang kerusi itu berkata, beliau yakin masih mendapat sokongan akar umbi di kawasan berkenaan.
“InsyaAllah (akan bertanding), kalau tidak saya hendak bertanding (dimana) lagi,”katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kariah Taman Panchor Jaya di sini.
Dalam pada itu, beliau ketika mengulas berlaku gelombang hijau oleh gabungan Perikatan Nasional (PN) untuk menakluk kerusi DUN berkenaan jelasnya, beliau yakin dengan dinamik sokongan yanh ditonjolkan ketika ini.
“InsyaAllah memang kalau kita ikut statistik ikut (survey) kita memang mendahului dan Insya Allah saya masih lagi disokong,”ujarnya.
Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berjaya mempertahankan kerusi DUN Sikamat selama tiga penggal sejak Pilihan Raya Umum (PRU-12) lalu sebelum turut memenangi kerusi Parlimen Port Dickson pada PRU-15 lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dilaporkan berkata gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) turut dijangka mengetengahkan Aminuddin sebagai calon Menteri Besar Negeri sekiranya mereka memenangi PRN 12 Ogos ini.
Beliau berkata, keputusan muktamad berhubung perkara itu bagaimanapun akan dibincangkan bersama parti-parti komponen.
#Aminuddin Harun #pilihan raya negeri #DUN Sikamat #Anwar Ibrahim
;