PRK Tanjung Piai: Wee Jeck Seng sah calon BN

Firdaus Azil
Oktober 30, 2019 13:44 MYT
Wee, 55, merupakan ahli Parlimen Tanjung Piai selama dua penggal bermula 2008. - Bernama
Bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng sah dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.
Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad di Bilik Gerakan Utama BN, di sini, malam ini.
Wee, 55, merupakan ahli Parlimen Tanjung Piai selama dua penggal bermula 2008, sebelum tewas kepada penyandang Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 43, meninggal dunia awal pada 21 Sept lepas akibat komplikasi jantung.

Datuk Seri Wee Jeck Seng, 55, sah akan mewakili Barisan Nasional untuk #PRKTanjungPiai. Ia diumumkan oleh Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad sebentar tadi.#TanjungPiaiMemilih@501Awani pic.twitter.com/d8hGh2VeNc

— Initial: FA (@FirdausAzil) October 30, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain Wee, Pakatan Harapan telah memilih Ketua Bersatu Bahagian Tanjung Piai Karmaine Sardini manakala Gerakan memilih Naib Ketua Wanita Nasionalnya Wendy Subramaniam.
Hari penamaan calon telah ditetapkan pada 2 November manakala hari pengundian jatuh pada 16 November.
#Barisan Nasional #BN #Calon BN #PRK #PRK Tanjung Piai #Tanjung Piai Memilih #Wee Jeck Seng