PRK Tanjung Piai: UMNO bincang dulu dengan rakan komponen
Ruzaini Zulkepli
September 21, 2019 17:09 MYT
September 21, 2019 17:09 MYT
Satu perbincangan akan dilakukan UMNO dan rakan parti komponen lain sebagai persediaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Johor.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbincangan itu adalah berkaitan hal-hal berbangkit dan persediaan.
"Kita akan bincang dengan komponen parti lain di dalam BN (Barisan Nasional)," katanya susulan berita Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik, 43, meninggal dunia awal pagi Sabtu.
Allahyarham yang juga merupakan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri meninggal dunia kira-kira jam 6.00 pagi Sabtu di Hospital Pontian, Johor.
Untuk rekod, Tanjung Piai merupakan kouta komponen BN iaitu MCA dimana pada PRU-14 lalu Allahyarham Md Farid mengalahkan calon parti tersebut, Wee Jee Seng dengan majoriti tipis 524 undi.