PRK Tanjung Piai: Pas sokong MCA, ini sebabnya...

Sinar Harian
November 6, 2019 10:55 MYT
Abdul Hadi (dua kiri) melancarkan akhbar rasmi parti itu dalam versi baharu di sebuah hotel di sini petang Selasa. - Foto Sinar Harian
Faktor sebenar Pas menyokong calon MCA dari Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Wee Jeck Seng pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai bagi memastikan Muafakat Nasional turut diterima kaum lain.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana muafakat tersebut sudah pun menonjolkan kaum Melayu.
“Oleh kerana Muafakat Nasional terlalu majoriti Melayu dan memerlukan adanya rakyat bukan Islam. Maka ditonjolkan MCA sebagai wakil (untuk) menjadi calon kita di Tanjung Piai.
“Mengapa MCA? Kita tidak meletakkan orang bukan Islam dalam satu bakul sahaja, ada yang ekstrem dan ada yang tidak ekstrem.
"MCA tidak ekstrem sepertimana yang lain, oleh sebab itu terima calon MCA,” katanya.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian pada Majlis Ramah Media bersama Presiden Pas dan juga pelancaran akhbar parti itu dalam versi baharu di sebuah hotel di sini petang Selasa.
BACA: Pembangkang perlukan bukan Muslim yang tidak ekstrem - Presiden PAS
BACA: Presiden Pas setuju dengan calon BN di Tanjung Piai
Pada Isnin, Abdul Hadi secara terbuka berkata, MCA terdiri daripada gabungan pembangkang pada ketika ini perlu kepada bukan Islam yang tidak ekstrem untuk menyampaikan suara kepada kerajaan.
Selain menyokong Jeck Seng, Pas turut mengarahkan ahlinya yang mengundi di Tanjung Piai agar memilih BN berbanding calon Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz.
BACA: Pas kaji semula kerjasama dengan Berjasa - Abdul Hadi
BACA: Kenapa Pas bekerjasama dengan MCA? Ini jawapan Hadi
#Abdul Hadi Awang #Barisan Nasional #Berjasa #bukan Islam #calon #ekstrem #Islam #kerajaan #kerjasama #majoriti Melayu #MCA #Melayu #Muafakat Nasional #Parlimen #PAS #pembangkang #pilihan raya kecil #PRK Tanjung Piai #Tanjung Piai #Tanjung Piai Memilih #Wee Jeck Seng
;